home img

PEMAKLUMAN

Permohonan menghadiri kursus Sijil Kompetensi Kontraktor Kesihatan (SKKK) bagi Sesi 3 2024 akan dibuka bermula 02 hingga 15 September 2024. Kursus SKKK Sesi 3 2024 akan diadakan pada 11 hingga 15 November 2024 dan tarikh Ujian adalah pada 15 November 2024.


PENGENALAN

APAKAH SKKK

SKKK adalah Sijil Kompetensi Kontraktor Kesihatan dan ianya akan menjadi SYARAT WAJIB bagi Kontraktor Gred G7 yang ingin menyertai tender fasiliti kesihatan di bawah seliaan JKR

KAEDAH MEMPEROLEHI SKKK

Hadir kursus selama 5 hari dan lulus ujian penilaian di Kursus Kompetensi Kontraktor Kesihatan. Mata CCD CIDB, CPD BQSM & CPD BEM akan diberikan.

SIAPAKAH PENGELUAR SKKK

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (Centre of Excellence for Engineering and Technology - CREaTE) JKR Malaysia

SYARAT & SASARAN

TERBUKA KEPADA SYARIKAT KONTRAKTOR YANG MEMENUHI SYARAT UMUM SEPERTI BERIKUT

Permohonan bagi menghadiri kursus pensijilan ini tersebut kepada syarikat kontraktor yang memenuhi syarat seperti di bawah


Pendaftaran CIDB dengan Gred G7

Berdaftar bagi Kategori B

Pengkhususan bagi B04 dan B29

3 Bintang dan ke atas dalam penarafan SCORE CIDB

SASARAN PESERTA KURSUS


Syarikat kontraktor G7 yang mempunyai pengalaman lima(5) tahun terkini dalam kerja bangunan dan sepuluh (10) tahun terkini dalam projek pembinaan fasiliti kesihatan.

Penama di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) CIDB atau Pusat Pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan & Perkhidmatan (PUKONSA) atau Unit Pendaftaran Kontraktor & Juru Perunding (UPKJ) *hanya seorang wakil sahaja

Penama yang hadir kursus digalakkan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang teknikal (kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, bangunan dan yang seumpanya) dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

OBJEKTIF

SOALAN LAZIM

Sila semak soalan lazim di bawah sebelum menghubungi meja bantuan. Sebarang pertanyaan sila majukan ke +603 2618 9211 / 9283 / 9212 atau emel skkk@jkr.gov.my

Tidak. SKKK terpakai untuk semua tender projek fasiliti kesihatan seliaan JKR yang ditender bagi syarikat yang mempunyai Gred G7.

Kontraktor dengan syarat berikut :
i. Gred G7 dengan kategori B04 dan pengkhususan B29
ii. Minimum penarafan SCORE 3 Bintang
iii. Pengalaman dalam kerja bangunan dalam tempoh 5 tahun lepas dan
iv. Pengalaman dalam pembinaan bangunan fasiliti kesihatan dalam tempoh 10 tahun lepas
v. Tidak mempunyai rekod prestasi kerja yang sakit.
vi. Mempunyai rekod prestasi kewangan yang baik.

Sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Hebahan akan dibuat melalui laman web rasmi JKR dan media sosial rasmi JKR.

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi, JKR (Centre of Excellence for Technology and Engineering-CREaTE), Alor Gajah, Melaka.

Tidak. Hanya untuk syarikat kontraktor sahaja.

Ya. Pengalaman kerja di sektor swasta dan kerajaan diambilkira dalam penilaian.

Hanya dokumen sokongan berkaitan kewangan sahaja perlu diakui sah.

Tidak. Hanya satu penama sahaja perlu melengkapkan kehadiran.

Boleh. Dengan syarat penama yang hadir itu perlu mengemukakan surat/ emel pemakluman pertukaran penama sebelum atau semasa hari pendaftaran kursus. Emel rasmi skkk@jkr.gov.my

Tidak. Hanya Kontraktor yang mempunyai pengkhususan B29 di dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor CIDB sahaja yang dibenarkan menyertai Kursus SKKK.

Bayaran dibuat secara atas talian dalam tempoh yang ditetapkan melalui nombor akaun sepertimana dalam surat jemputan.

Tidak. Bayaran perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Kehadiran penuh adalah WAJIB dan penama tidak akan dibenarkan menduduki ujian.

Syarikat yang gagal ujian diberi peluang menduduki semula ujian kali kedua tanpa perlu menghadiri kursus dengan syarat :
a) Dihadiri oleh penama yang mempunyai sijil kehadiran kursus sahaja ; dan
b) Menduduki ujian pada hari terakhir sesi kursus seterusnya. Syarikat dibenarkan menduduki ujian ulangan SEKALI sahaja.

Ya. Bayaran tertentu dikenakan bagi menduduki ujian ulangan bagi syarikat yang gagal untuk kali pertama

Syarikat perlu mendaftar dan menghadiri semula kursus dalam tempoh yang ditetapkan dan menduduki ujian.

Tidak. Sijil dikeluarkan atas nama syarikat yang mana penama tersebut hadir penuh kursus.

2 tahun dari tarikh ujian.

Ya, SKKK akan dikuatkuasakan melalui Arahan Ketua Pengarah Kerja Raya bermula 1 Januari 2024.

Tidak. Bagi sesi kursus yang dijalankan pada tahun 2023, tempoh kuat kuasa sijil adalah selama dua (2) tahun bermula dari 1 Januari 2024.

Sistem SKKK akan mengeluarkan notifikasi peringatan pembaharuan SKKK enam (6) bulan sebelum tarikh tamat kuatkuasa SKKK kepada syarikat. Syarikat perlu membuat permohonan semula dan menghadiri kursus sebelum tarikh tamat SKKK sekiranya ingin menyertai tender fasiliti kesihatan.